Tuesday, February 20, 2007

Kedua 2007_02

Soalan


Betulkah kalau seorang lelaki nak berkawan dengan orang perempuan ni, kena minta izin parent perempuan itu dulu? Berkawan yang macam mana yang perlu minta izin? Habis selama-lama ni berkawan bersahabat, dikira salahkah sebab tiada izin? Apa pandangan?


Respon 1 (UKM KL)


"Susah nak jawab soalan ini. Lebih baik minta kebenaran ibu bapa dia bagi ana. Cuba tanya yang lebih arif."


Respon 2 (UKM KL)


"Ana tak faqih bab-bab ni. Bagi ana harus hukumnya asalkan dijaga batas mu'amalah ukhuwwah antara muslimin dan muslimat itu. Cuba tanya yang lebih arif."


Respon 3 (USM KK)


"Jawapan ustazah - Ringkasnya: Hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram diharuskan oleh Islam bila ada keperluan atau urusan yang juga diharuskan syara'. Selain dari itu seperti untuk bicara hal peribadi adalah haram kerana ia mendekatkan diri kepada zina. Ia bukan soal ada izin wali atau tidak tapi hukum dari ALLAH yang menciptakan kita & Maha Arif tabiat kita sebagai ciptaanNYA. Sila rujuk ustaz yang lebih tahu atau bacaan dari ulama' muktabar bagi menambah faham. Wallahua'lam."


Respon 4 (Ustaz Zulkifli Mohamad)


"Setakat berkawan biasa tak mengapa seperti kawan sepejabat, ni kalau berkawan special kenalah minta izin"


Respon 5 (UPM)


"Ana rasa enta tahu berkawan yang macam mana yang perlu minta izin dan macam mana yang tidak."


Respon 6 (UPM)


"Kalau nak syadid macam itulah caranya tapi bagi ana kalau kawan-kawan biasa satu kelas tu tak payahlah. Melainkan, kalau nak jadikan lebih dari kawan."


Respon 7 (Ust Wan Bakri)


"Berkawan dengan orang perempuan tak boleh dengan apa cara sekali pun. Haram, sebab suara orang perempuan aurat, kecuali dalam bab ilmu, kecemasan, dan yang dibenarkan Tuhan."



Semua soalan & respon melalui sms dan dipanjangkan versinya dari versi singkatan-singkatan perkataan. (19/02 & 20/02)

Tuesday, February 13, 2007

Pertama 2007_02

Soalan


Kenapa sewaktu nak masuk belajar/masuk kerja akan diadakan x-ray? Kenapa pula x-ray di dada emata-mata tak tempat? Apa pulak hukumnya yang berlainan jantina jadik juru x-ray?


Respon 1 (USM KK)


"Untuk screen disease. Bhgn dada sahaja sebab, ia mengandungi organ terpenting, heart & lung. Dalam fiqh perubatan, ada kelonggaran, namun kiranya ada juru yang muslimah pada waktu itu, sudah tentu, wajib baginya untuk mengambil alih. Sayangnya tahap kefahaman fiqh ini jauh sangat rendah di kalangan pengamal perubatan."


Respon 2 (vet UPM)


"[1] X-ray untuk kesan kita ada penyakit berjangkit atau tak. Bahagian dada sebab kebanyakan penyakit berjangkit boleh diketahui dari x-ray dada. Contohnya batuk kering, sumber kontaminasi melalui rongga perut ke paru-paru.
"[2] Juru x-ray lelaki & yang di x-ray perempuan hukumnya harus."


Respon 3 (UNIMAS)


"Untuk cek jika ada penyakit atau keabnormalan jantung dan paru-paru. Susah juga nak diterangkan kenapa bahagian lain tak di x-ray. Ana rasa, x-ray dadalah yang biasa dibuat sebab dapat kesan macam-macam masalah berkaitan jantung dan paru-paru. X-ray bahagian lain seperti tengkorak dan tulang-tulang lain biasanya dibuat bila syak orang tu ada patah tulang contohnya. Untuk sakit dalam abdomen, x-ray susah nak diagnose. Biasanya pakai cara lain. Begitu juga dengan sakit-sakit lain, ada cara-cara tersendiri macam mana nak periksa. Tentang juru x-ray berlainan jantina, ana rasa tak ada masalah dalam perkara ni. Wallahua'lam."


Semua soalan & respon melalui sms dan dipanjangkan versinya dari versi singkatan-singkatan perkataan. (12/02 & 13/02)