Saturday, August 12, 2006

Kedua 2006_08

Penyoal: tengku azri.

Dijawab oleh: Ustazah Che Radiah, pensyarah Bahasa Arab, FBMK UPM, mantan mursyidah Arabku sem lepas..

Soalan 1
sohabiyah tu, mmg lwn sahabat ke? Atau, bila kena guna sohabiyah tu?

Jawapan 1
perkataan sahabiyah atau sahabiy bermakna 'yg dinisbahkan kpd sahabat' (isim mansub dgn sin bukan sad) atau seseorang(yg berjumpa dgn nabi semasa hidup yakni 'seorang sahabat rasulullah'

Soalan 2
bolehkah kita menggunakan istilah2 khusus hadis dlm perbualan seharian. Contoh kata mardud, tertolak… marfu’, terangkat…contohnya, “salah tu, apa yang dibuat ni semua tertolak, semuanya mardud…”

Jawapan 2

bagi ustazah tidak salah kita gunakan perkataan-perkataan tersebut dlm perbualan biasa kerana ia difahami melalui konteks ayat yg dibawa. sekiranya dlm konteks hadis, perkataan 'marfu' ' misalnya dikaitkan dgn hadis marfu' , dan boleh juga kalau kita guna dlm ayat 'hukum mubtada' ialah marfu' misalnya tiada masalah. mungkin sekiranya sesuatu perkataan itu berkaitan dgn hukum misalnya 'sunat' atau 'qisas' ia perlu diguna mengikut maksud atau mafhum sebenar perkataan tersebut kerana ia adalah istilah khusus. wallahu'a'lam

Soalan 3

Kalu sodiq lawannya sodiqah, kalu sahabat (lelaki) lawan mu-annath nye?

Jawapan 3
Ok, sahabat lelaki 'sahibun' manakala sahabat perempuan 'sahibatun'

Ditanya pada: Selasa, 11/07/2006 menerusi emel

Dijawab pada: Selasa, 11/07/2006 menerusi emel

1 comment:

faris umar said...

soalnya mindamu serupa soalnya mindaku...
salam ramadhan yang masih berbaki, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna bbanding hari2 yg lalu n dipanjangkan usia menikmati ramadhan akan datang.thx 4 sharing d words from ustazah.
p/s:susahnya nk post comment,insya Allah ini last..kerana ilmu itu kurasakan terhutang..terima kasih sekali lg.