Wednesday, April 18, 2007
Pertama 2007_04
Dijawab oleh: tengku azri.
Soalan
Bolehkah orang lelaki pakai emas & perak? Bagaimana pula dengan emas putih? Bukankah emas putih ni campuran dari emas & perak?
Jawapan
Emas dan perak haram dijadikan pakaian. Cincin emas dan perak harus dipakai oleh orang perempuan. Cincin perak harus dipakai oleh orang lelaki tapi cincin emas jelas haram dipakai oleh orang lelaki. Jika ada percampuran bahan dalam pembuatan cincin itu, dan emas adalah bahan terbanyak, maka haramlah lelaki memakai cincin tersebut.
Semua soalan dan jawapan dihantar melalui sms pada mlm 17/04/'07 & dirujuk kepada buku Fiqhul-Manhajiyy edisi terjemahan bahasa Melayu jilid ke-3.
Tuesday, February 20, 2007
Kedua 2007_02
Soalan
Betulkah kalau seorang lelaki nak berkawan dengan orang perempuan ni, kena minta izin parent perempuan itu dulu? Berkawan yang macam mana yang perlu minta izin? Habis selama-lama ni berkawan bersahabat, dikira salahkah sebab tiada izin? Apa pandangan?
Respon 1 (UKM KL)
"Susah nak jawab soalan ini. Lebih baik minta kebenaran ibu bapa dia bagi ana. Cuba tanya yang lebih arif."
Respon 2 (UKM KL)
"Ana tak faqih bab-bab ni. Bagi ana harus hukumnya asalkan dijaga batas mu'amalah ukhuwwah antara muslimin dan muslimat itu. Cuba tanya yang lebih arif."
Respon 3 (USM KK)
"Jawapan ustazah - Ringkasnya: Hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram diharuskan oleh Islam bila ada keperluan atau urusan yang juga diharuskan syara'. Selain dari itu seperti untuk bicara hal peribadi adalah haram kerana ia mendekatkan diri kepada zina. Ia bukan soal ada izin wali atau tidak tapi hukum dari ALLAH yang menciptakan kita & Maha Arif tabiat kita sebagai ciptaanNYA. Sila rujuk ustaz yang lebih tahu atau bacaan dari ulama' muktabar bagi menambah faham. Wallahua'lam."
Respon 4 (Ustaz Zulkifli Mohamad)
"Setakat berkawan biasa tak mengapa seperti kawan sepejabat, ni kalau berkawan special kenalah minta izin"
Respon 5 (UPM)
"Ana rasa enta tahu berkawan yang macam mana yang perlu minta izin dan macam mana yang tidak."
Respon 6 (UPM)
"Kalau nak syadid macam itulah caranya tapi bagi ana kalau kawan-kawan biasa satu kelas tu tak payahlah. Melainkan, kalau nak jadikan lebih dari kawan."
Respon 7 (Ust Wan Bakri)
"Berkawan dengan orang perempuan tak boleh dengan apa cara sekali pun. Haram, sebab suara orang perempuan aurat, kecuali dalam bab ilmu, kecemasan, dan yang dibenarkan Tuhan."
Semua soalan & respon melalui sms dan dipanjangkan versinya dari versi singkatan-singkatan perkataan. (19/02 & 20/02)
Tuesday, February 13, 2007
Pertama 2007_02
Soalan
Kenapa sewaktu nak masuk belajar/masuk kerja akan diadakan x-ray? Kenapa pula x-ray di dada emata-mata tak tempat? Apa pulak hukumnya yang berlainan jantina jadik juru x-ray?
Respon 1 (USM KK)
"Untuk screen disease. Bhgn dada sahaja sebab, ia mengandungi organ terpenting, heart & lung. Dalam fiqh perubatan, ada kelonggaran, namun kiranya ada juru yang muslimah pada waktu itu, sudah tentu, wajib baginya untuk mengambil alih. Sayangnya tahap kefahaman fiqh ini jauh sangat rendah di kalangan pengamal perubatan."
Respon 2 (vet UPM)
"[1] X-ray untuk kesan kita ada penyakit berjangkit atau tak. Bahagian dada sebab kebanyakan penyakit berjangkit boleh diketahui dari x-ray dada. Contohnya batuk kering, sumber kontaminasi melalui rongga perut ke paru-paru.
"[2] Juru x-ray lelaki & yang di x-ray perempuan hukumnya harus."
Respon 3 (UNIMAS)
"Untuk cek jika ada penyakit atau keabnormalan jantung dan paru-paru. Susah juga nak diterangkan kenapa bahagian lain tak di x-ray. Ana rasa, x-ray dadalah yang biasa dibuat sebab dapat kesan macam-macam masalah berkaitan jantung dan paru-paru. X-ray bahagian lain seperti tengkorak dan tulang-tulang lain biasanya dibuat bila syak orang tu ada patah tulang contohnya. Untuk sakit dalam abdomen, x-ray susah nak diagnose. Biasanya pakai cara lain. Begitu juga dengan sakit-sakit lain, ada cara-cara tersendiri macam mana nak periksa. Tentang juru x-ray berlainan jantina, ana rasa tak ada masalah dalam perkara ni. Wallahua'lam."
Semua soalan & respon melalui sms dan dipanjangkan versinya dari versi singkatan-singkatan perkataan. (12/02 & 13/02)
Tuesday, September 12, 2006
Kedua 2006_09
Dijawab oleh: Ust Zulkifli Mohamad (bekas pengkuliah Maghrib surau Kolej 12&14, UPM, Jan '06 - April '06, sekarang memberi kuliah di surau kolej 17 UPM setiap hari Khamis selepas maghrib)
Soalan 1
Apakah maksud kufu dlm memilih pasangan hidup ustaz? Apakah kufu setakat dibandingkan dengan status kekayaaan, kerja, pangkat semata2? Atau kufu juga turut menyentuh persefahaman bakal pasangan?
Jawapan 1
Kufu ini ialah setaraf dari segi latarbelakang keluarga pasangan, pendidikan, keperibadian dll. Tapi soal persefahaman atau sependapat ia sangat abstrak, sukar untuk mengukurnya, nilai-nilai semasa kadang turut berubah nilainya pd masa akan datang. Tidak ada masalah berselisih pendapat tapi jgn membawa kpd perbalahan.
Soalan 2
benarkah ayat Al-Quran itu, satu ayat mesti dibaca dalam satu nafas? Apakah kaedah terbaik utk membaca ayat Al-Quran yang panjang jika nafas kita pendek?
Jawapan 2
Tidak semestinya. Boleh berhenti pd tanda wakaf spt dlm hukum tajwid.
Soalan 3
Guru silat saya pernah bercerita ttg salah seorang gurunya yang menangkap toyol. Guru silat saya mendakwa dia melihat toyol berkenaan, dan telah memegang toyol berkenaan dari jarak jauh dengan izin Allah melalui kebolehan gurunya. (maknanya guru kpd guru silat saya tu tak bagi dia pegang direct toyol tu…). Soalan saya, benarkah makhluk halus boleh dilihat? Adakah dinamakan makhluk halus lagi (dlm konteks toyol ni) jika ianya dapat dilihat dan mungkin boleh disentuh?
Jawapan 3
Makhluk halus memang wujud dari jenis2 jin dan syaitan. Allah Taala memperlihatkan benda2 ni kpd hambaNya yg dikehendaki. HALUS kerana ianya tidak dapat dilihat oleh kebanyakan orang.
Soalan 4
Apakah hukumnya, jika kita bekerja dgn gred tangga gaji ijazah sedangkan kita masih belajar (menghabiskan ijazah). Seperti contoh, kita bekerja dulu, baru kita tahu kita extend satu semester … maknanya ijazah belum dpt lagi. Majikan assume kita dah ada ijazah sebab kita apply dan bekerja sebelum kita tahu kita extend. Syubhah atau haramkah gaji yg diperolehi secara demikian?
Jawapan 4
InsyaAllah tidak.
Soalan 5
Dalam mu’amalah islamiyyah terutamanya dp aspek perubatan, sejauh manakah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh bersentuh, yakni kedua-dua sentuhan berlapik dan tidak berlapik? Berapa lama/kerap kadarnya? Salah seorang lelaki atau perempuan berkenaan mungkin pesakit atau mungkin perawat.
Jawapan 5
Doktor samada lelaki atau perempuan boleh memegang pesakitnya sekadar keperluan perubatan sahaja, ini jika sekiranya tidak terdapat doktor yg sama jantina. Penting juga doktor itu berakhlak dgn akhlak islamiyyah. Kini kita ada banyak alternatif dgn kemunculan pusat rawatan islam, kita boleh buat temujanji dahulu dan book doktor yg difikirkan sesuai.
Disoal pada: Rabu, 06/09/2006 melalui emel
Dijawab pada: Jumaat, 08/09/2006 melalui emel
Saturday, September 02, 2006
Pertama 2006_09
Dijawab oleh : Ruangan Bicara Agama Utusan Malaysia bertarikh Jumaat 01/09/2006, di alamat ini.
Soalan 1
Bolehkah ustaz jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘Islam agama fitrah’?
Jawapan 1
Dalam sepotong hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tiada bayi yang lahirkan melainkan ia dilahirkan dalam fitrah, maka ibu bapa dialah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana lahirnya binatang yang sempurna sifatnya (kejadiannya).
Apakah ada binatang yang lahir terputus telinganya?” Kemudian Abu Hurairah r.a. membacakan ayat yang bermaksud: “Fitrah yang Allah jadikan pada semua manusia tiada perubahan pada apa-apa yang diciptakan oleh Allah. Itulah agama Allah yang lurus.” (Riwayat Imam al-Bukhari, no. 1385, Muslim no. 2658)
Makna perkataan fitrah ialah suci, bersih (Islam). Berdasarkan kepada hadis ini jelas kepada kita bahawa setiap anak adam yang lahir ke dunia ini dalam keadaan yang suci mengikut ketentuan Allah s.w.t.. Maka ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anak mengikut acuan masing-masing. Sebab itulah dalam sabda Rasulullah s.a.w. tiada perkataan ‘dilahirkan dalam Islam’, maksudnya anak adam itu lahir dalam keadaan fitrah yang dikehendaki oleh Allah.
Justeru, jodoh bagi diri manusia atau pasangan bagi jiwanya ialah Islam. Apabila manusia memilih cara hidup selain Islam kita akan dapati fitrahnya akan memberontak, kehidupannya tidak lagi teratur, akhirnya dia mudah terdedah kepada kesesatan, kerosakan. Puncanya salah memilih santapan spiritual (kerohanian).
Soalan 2
Apakah perbezan air mazi dan air mani? Saya keliru dan bimbang amal ibadat saya tidak diterima.
Jawapan 2
Perbezaan antara air mazi dan air mani ialah air mani merupakan air yang keluar sama ada dengan mengadakan hubungan kelamin atau melalui mimpi atau dengan berfikir tentang jimak.
Perkara ini juga disebut oleh beberapa ulama di antaranya imam al-Ghazali, ‘air mani itu keluar dengan rasa seronok’. Pendapat yang sama disebut oleh Ibn al-Solah: “Air itu dikira air mani apabila ia keluar dengan rasa seronok.” Ulama Syafie seperti Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbiniy juga ada memberi pandangan yang sama dan disokong oleh imam al-Nawawi (al-Iqna’, jld: 1, hlm: 187-188). Jelas bahawa air mani itu keluar dengan rasa seronok.
Ada pun perbezaan dari sudut fizikalnya adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Air orang lelaki (air mani ) pekat berwarna putih, air mani orang perempuan cair berwarna kuning.” (Riwayat Muslim jld: 3, no hadis: 222). Berdasarkan hadis ini jelas bahawa air mani sifatnya pekat. Ada pun air mazi sifatnya cair.
Kebiasaannya air mazi keluar apabila seseorang itu berfikir tentang jimak, atau ia keluar ketika seseorang itu memulakan jimak. Dari sudut hukumnya pula apabila keluar air mani seseorang itu wajib mandi hadas besar. Selagi mana dia tidak mengangkat hadas besar selagi itu dia dikira dalam keadaan junub. Maka dia terhalang daripada melakukan amalan-amalan seharian ini termasuklah solat, baca al-Quran, tawaf di Baitullah dan beberapa amalan yang lain yang perlukan seseorang itu suci daripada hadas besar. Apabila keluarnya air mazi, seseorang itu wajib membersihkan kemaluannya dan pakaian yang terkena air mazi tersebut.
Sekiranya dia berwuduk maka wuduknya terbatal dengan terkeluarnya air mazi. Hukum membersihkan air mazi sama dengan membersihkan air kencing. Ini dapat dilihat dengan apa yang berlaku kepada Ali bin Abi Talib. Beliau berkata yang bermaksud: “Aku merupakan seorang lelaki yang kerap keluar air mazi, maka aku telah menyuruh al-Miqdad supaya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., lalu al-Miqdad bertemu Nabi s.a.w. dan bertanya, lantaran baginda menjawab, “Padanya dituntut berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari, Ibn Qudamah dalam al-Mughni, jld: 1, hlm: 168)
Dalam keadaan saudara maka perlulah saudara perhatikan sama ada ia air mazi ataupun air mani. Kalau air mazi maka hendaklah saudara membersihkan kemaluan kemudian membersihkan pakaian yang terkena air mazi. Ini kerana hukumnya sama dengan air kencing. Sekiranya saudara kerap keluar air mazi nasihat saya supaya saudara membawa salinan untuk solat seperti kain untuk mengelakkan daripada terlepasnya atau pengabaian solat.
Soalan 3
Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah seorang ustaz. Dia menjelaskan yang pergi israk mikraj ialah roh Nabi s.a.w. manakala roh baginda tinggal di Mekah.
Jawapan 3
Saya pernah mendengar pandangan tersebut, namun pendapat tersebut ditolak oleh jumhur ulama, antaranya ibn Kathir, ibn Ishaq, ibn Saad dan selainnya (Mukjizat Rasulullah Ibn Kathir). Semua mereka berpendapat bahawa Rasulullah berisrak mikraj dengan roh dan jasad. Pandangan mereka ini berdasarkan kepada kedudukan bahasa Arab dalam firman Allah yang maksudnya, “Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pada malam hari dari masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa’….” (al-Israk: 1)
Dalam bahasa Arab perkataan bi abdihi jika diperhatikan dalam perkataan ini ada huruf ‘bi’. Dalam bahasa Arab huruf ba ada maksudnya yang tersendiri. Contohnya jika dikatakan “Ahmad zahaba bi al-sayyarah”, yang bermaksud aku pergi dengan menaiki kereta. Jelas bahawa Ahmad pergi dengan menaiki kereta, memang betul dan tidak akan terlintas Ahmad pergi berasingan dengan kereta. Penjelasan ini adalah berdasarkan kepada bahasa Arab. Cuma seperkara yang suka saya nyatakan di sini ialah apabila manusia melalui kisah israk dan mikraj ia adalah rehlah atau satu perjalanan yang telah diatur oleh Allah yang maha suci lagi maha tinggi. Dialah yang mampu menjalankan hambanya pada jarak yang begitu jauh dalam tempoh yang begitu singkat.
Semua ini merujuk kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang tidak dapat dilakukan oleh manusia dan yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. Ketahuilah kemampuan manusia terhad dan kemampuan Allah tiada batasnya.
Ditanya pada : N/A
Dijawab pada : Accessible melalui Utusan Online seperti alamat URL di atas.
Saturday, August 12, 2006
Kedua 2006_08
Dijawab oleh: Ustazah Che Radiah, pensyarah Bahasa Arab, FBMK UPM, mantan mursyidah Arabku sem lepas..
Soalan 1
sohabiyah tu, mmg lwn sahabat ke? Atau, bila kena guna sohabiyah tu?
Jawapan 1
perkataan sahabiyah atau sahabiy bermakna 'yg dinisbahkan kpd sahabat' (isim mansub dgn sin bukan sad) atau seseorang(yg berjumpa dgn nabi semasa hidup yakni 'seorang sahabat rasulullah'
Soalan 2
bolehkah kita menggunakan istilah2 khusus hadis dlm perbualan seharian. Contoh kata mardud, tertolak… marfu’, terangkat…contohnya, “salah tu, apa yang dibuat ni semua tertolak, semuanya mardud…”
Jawapan 2
bagi ustazah tidak salah kita gunakan perkataan-perkataan tersebut dlm perbualan biasa kerana ia difahami melalui konteks ayat yg dibawa. sekiranya dlm konteks hadis, perkataan 'marfu' ' misalnya dikaitkan dgn hadis marfu' , dan boleh juga kalau kita guna dlm ayat 'hukum mubtada' ialah marfu' misalnya tiada masalah. mungkin sekiranya sesuatu perkataan itu berkaitan dgn hukum misalnya 'sunat' atau 'qisas' ia perlu diguna mengikut maksud atau mafhum sebenar perkataan tersebut kerana ia adalah istilah khusus. wallahu'a'lam
Soalan 3
Kalu sodiq lawannya sodiqah, kalu sahabat (lelaki) lawan mu-annath nye?
Jawapan 3
Ok, sahabat lelaki 'sahibun' manakala sahabat perempuan 'sahibatun'
Ditanya pada: Selasa, 11/07/2006 menerusi emel
Dijawab pada: Selasa, 11/07/2006 menerusi emel
Pertama 2006_08
Dijawab Oleh : Ust Zulkifli Mohamad (bekas pengkuliah Maghrib surau Kolej 12&14, UPM, Jan '06 - Mei '06)
Soalan 1
Hadis2 Nabi SAW yang bertentangan antara satu sama lain. Mana satu nak amalkannya? Contoh, mendengar bacaan al-fatihah imam dan membaca al-fatihah dalam solat. Solat tidak sah tanpa bacaan al-fatihah, tapi makmum mesti mendengar bacaan imam… mana satu yang hendak diamalkan?
Jawapan 1
perkara ini ada pertikaian di kalangan fuqaha. saudara boleh merujuk kitab Fiqh Islami wa Adillatuh, karangan Prof Dr Wahbah Zuhaily, diterjemahan ke bahasa melayu oleh DBP. persoalan ini dibincangkan di dlm bab Rukun Solat yang Disepakati (rukun yg ke 3; membaca bagi yang berkemampuan) prof Zuhaily mendatang semua pendapat fuqaha beserta hujah masing-masing.
Soalan 2
begitu juga dengan hadis sahih ttg tidak boleh berkata2 sewaktu imam berkhutbah. Tapi, bila imam berselawat ke atas Nabi, perlukah kita menjawabnya? Bukankah ada satu hadis yang mengatakan bhw orang yang paling kedekut ialah orang yang tak berselawat kdp Nabi bila dia dengar nama Nabi disebutkan?
Jawapan 2
berselawat ketika itu adalah istisna' (pengecualian) dan ini tidak menghilangkan tumpuan kita kpd isi kandungan khutbah.
Soalan 3
Faisal Tehrani telah mengarang satu cerpen dlm ruangan sastera Mingguan Malaysia, pd 23/07/2006, memerli Ust Asri Zainul Abidin. Saya menjadi keliru. Siapakah yang betul? Ust asri cuba membawa satu pandangan yang mementingkan keaslian sumber ilmu, kesahihan sanad hadis, pengamalan2 amalan2 yang bukan bida’ah dan sewaktu dengannya. Beliau juga menolak sokongan terhadap golongan syiah (Ahmadinejad dan Hassan nasrallah). Kita tau kedua-dua pemuka syiah inilah yang paling kuat menentang penjajahan terhadap Palestin sekarang. Adakah salah menyokong syiah?
Jawapan 3
saya tidak membaca cerpen tersebut. kita disuruh berpegang semata-mata kepada al-Quran dan al-hadis, dlm urusan keagamaan hanya kata-kata yg bersandarkan nas boleh dipegang, tiada tokok tambah atau rasa-rasa, krn nabi muhammad telah menyampaikan segala syaraiat, nabi tidak menyembunyikan, haram bagi nabi menyembunyikan perintah agama, kewafatan nabi bermakna syariat ini telah sempurna seperti yg difirman dlm al-quran. saya tidak mengenali faisal tehrani, latar belakangnya dan tidak tahu di mana ia belajar. saya mengenali dr asri. dlm persoalan syiah, kita tidak boleh bersetuju dgn aqidahnya, pada pendapat saya kita hanya menyokong dari sudut keberanian &perjuangannya. israel dan US memusuhi semua agama. dlm kes ini takkan kita nak sokong israel @ US. ini sekadar sokongan siasi (politik), bukannya sokongan aqidah. hal-hal yg tersembunyi itu terserahlah kpd allah menghukumnya.
Soalan 4
Faisal Tehrani juga mempersoalkan kaedah Al-Qaeda yang tdk jelas, yakni sebarang tindak tanduk Al-Qaeda hanyalah memberi nama buruk kpd Islam. Tidak sperti Hamas, Hizbullah yang jelas menuju ke arah sebuah pemerintahan Negara Islam yang berdaulat melalui kaedah perjuangan mereka. Apa pendapat Ustaz?
Jawapan 4
pada pendapat saya faisal tehrani tidak pernah bersemuka dgn osama laden. kita hanya membaca laporan dri media, sedangkan kita semua tahu siapakah yg menguasai media dunia? (Zionis dan kuncu-kuncunya) laporan mereka semata-mata utk kebaikan politik mereka sahaja. media menggambarkan segala tindakan qaeda adalah tindakan pengganas? sama seperti israel kata dia mempertahankan haknya dan hizbullah adalah pengganas krn mempertahankan hak tanah air mereka? ini semua mainan media barat.kita tidak memdapat maklumat yg yepat mengenai qaedah ni, sekadar dri laporan media sahaja. sbl 11/9 kita tidak pernah denga pun qaedah ni? mengapa ia muncul selepas 11/9? tiada mansuia yg sempurna, ya memeang terdapat beberapa tindakan qaedah itu tidak menepati syarak, tetapi mereka lebih mengetahui suasana dan keadaan tempat mereka.
Ditanya pada: Selasa, 25/07/2006 melalui emel
Dijawab pada: Rabu 26/07/2006 melalui emel